Swap dan Rollover

Swap dan Rollover

Ada perbezaan penting antara dagangan yang berlangsung beberapa jam dengan dagangan yang anda simpan aktif semalaman. Beza ini adalah swap.Swap ialah fi faedah yang, sama ada dibayar kepada anda atau dikenakan ke atas anda, pada setiap penghujung hari perdagangan jika anda kekalkan dagangan anda terus aktif/buka semalaman. Prosedur memindahkan posisi dari satu hari perdagangan ke hari berikutnya dipanggil sebagai rollover. Jika seseorang pedagang itu melanjutkan posisi beliau menjadi lebih dari satu hari, beliau akan akan berhadapan (sama ada) kos atau laba, bergantung kepada kadar faedah yang terpakai pada masa tersebut.

05.11.jpg

Mari kita kaji satu contoh. Bayangkan anda telah membeli EUR/USD. Matlamat anda bukanlah untuk menukarkan wang, tetapi anda mahu meraih manfaat dari urusniaga spekulatif. Dalam perkataan lain, anda tidak perlukan sejumlah tertentu matawang diserahkan kepada anda, anda hanya mahu kadar tukaran untuk menukar dalam arah tertentu kerana ini boleh membawakan keuntungan kepada anda. Justeru dari itu, pesanan anda dipindahkan ke hari seterusnya tanpa penghantaran matawang sebenar kepada anda.

Bagaimanakah swap dikira?

Bila anda beli EUR/USD, itu bermakna anda membeli EUR dan menjual USD. Bila anda jual USD, anda tidak memilikinya, anda pinjam wang tersebut dan membayar faedah untuk kredit ini jika anda mengekalkan posisi tersebut semalaman.Jika kadar faedah untuk euro ialah 0.5% dan kadar faedah untuk dolar AS ialah 2%, selepas 0.5% - 2% = -1.5%.Anda akan perlu membayar amaun swap ini sewaktu rollover. Dalam perkataan lain, posisi anda mendapat kadar faedah matawang yang anda beli, dan anda akan berhutang kadar faedah matawang yang anda jual. Perbezaan kadar faedah inilah yang dipanggil swap.Bila anda menjual EUR/USD, anda beli USD dan jual EUR. Jika berlaku rollover, akan ada swap positif sebanyak 1.5% (2% - 0.5% =1.5%).Kebanyakan broker melakukan rollover secara automatik dengan menutup posisi di penghujung hari dan secara serentak membuka posisi yang sama di hari perdagangan berikutnya. Sewaktu rollover ini, swap dikira. Broker juga boleh menambah caj mereka sendiri selain dari swap.Contoh-contoh di atas menunjukkan logik asas pengiraan swap. Dalam dunia sebenar, kiraan adalah lebih terperinci kerana kadar faedah dibahagi dengan 365 (untuk mendapatkan kadar faedah bagi 1 hari) dan ada parameter-parameter lain pada formula swap seperti matawang akaun anda, volum, dan harga suatu dagangan, serta komisen broker.

Swap 3 hari

Ada satu pengecualian tentang berapa banyak yang anda perlu bayar untuk rollover. Swap 3 kali lebih besar dari biasa jika anda kekalkan posisi anda semalaman dari Rabu ke Khamis. Ia berlaku kerana impak terhadap pasaran niaga hadapan. Swap melibatkan penganjakan tarikh nilai (value date) pada kontrak niaga hadapan yang berkenaan. Jika suatu posisi dibuka pada hari Rabu, tarikh nilai adalah pada hari Jumaat. Jika suatu posisi dikekalkan semalaman dari Rabu ke Khamis, tarikh nilai akan dianjak ke hadapan ke hari Isnin, iaitu sebanyak 3 hari kerana tiada perdagangan sewaktu hujung minggu. Kesannya, kadar faedah dikenakan untuk 3 hari, bukan hanya 1 hari.

Di mana semakan saiz swap boleh dilakukan?

Anda boleh cari swap long dan short di laman web broker anda. Spesifikasi pasangan matawang biasanya menyebut swap dalam matawang asas setiap pasangan matawang untuk posisi 1 lot.Anda juga boleh menyemak swap di MetaTrader. Terminal perdagangan secara automatik mengira dan melaporkan semua swap untuk anda. Anda akan boleh melihat swap bagi posisi aktif anda (jika anda kekalkannya aktif selama lebih dari 1 hari) bila anda buka tetingkap "Terminal" dan klik pada tab "Trade". Swap akan mempengaruhi nilai keuntungan anda.

15.11 (2).jpg

Anda juga boleh klik kanan pada simbol pasangan matawang di tetingkap “Market watch” dan pilih “Specification”. Tetingkap dengan maklumat tentang instrumen perdagangan ini akan muncul dan ia akan mengundungi swap, selain dari maklumat-maklumat lain.

151.jpg

Haruskah anda ambil kira swap?

Jika anda hanya berdagang intrahari tanpa rollover, anda tidak perlu hiraukan langsung tentang swap. Walaupun anda kekalkan suatu dagangan aktif selama beberapa hari (sehingga 2 minggu) dan dagangkan salah satu major Forex, keuntungan/kerugian anda dari swap kemungkinan besarnya kecil berbanding dengan hasil akhir dagangan anda (keuntungan atau kerugian). Justeri dari itu, ramai pedagang tidak memberikan perhatian kepada swap.Swap menjadi penting jika anda memegang suatu posisi untuk lebih dari 2 minggu dan jika anda dagangkan matawang eksotik yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

Berita terkini

Semua mata melihat AUD

Perbelanjaan Modal Swasta Australia akan diumum pada hari Khamis, pukul 2:30 masa MT!

US Dollar Index (DXY) kekal rendah hampir bulanan di pasaran optimis

DXY menggabungkan kerugian baru-baru ini dengan kenaikan 92…

Lebih daripada 40% bon bernilai pelaburan euro bermula 2021 dengan hasil negatif

Penyimpanan aset bernilai sifar seperti emas dapat terus menarik pembeli dalam jangka pendek, kerana sebilangan besar bon gred pelaburan euro berada di landasan yang betul untuk memulakan tahun baru dengan hasil negatif…

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara mendapatkan Trade 100 Bonus?

    Tingkatkan kemahiran berdagang anda dengan $100 percuma dari FBS. Untuk aktifkan opsyen ini, buka akaun Trade 100 Bonus yang mengandungi $100 di dalamnya. Gunakan wang ini dalam tempoh 30 hari aktif berdagang dan dagangkan lima lot. Jika anda berjaya, anda boleh dapatkan keuntungan $100 anda. Ia tawaran yang menang-menang! Bukan sahaja anda mendapat peluang untuk meraih keuntungan, tetapi anda juga boleh menguji pasaran sebenar dan uji kemahiran FX anda. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera