Margin, Leveraj, Margin Call, Stop Out

Margin, Leveraj, Margin Call, Stop Out

Seberapa banyak wang perlu ada di dalam akaun anda untuk terus berdagang? Secara logiknya, anda perlukan wang untuk mengekalkan posisi yang aktif. Jumlah yang diperlukan ini dipanggil margin. Broker forex menentukan margin yang diperlukan oleh pelanggan. Biasanya margin bersamaan 1-2% dari saiz position. Konsep ini berkait rapat dengan istilah 'leveraj'. Bila anda berdagang menggunakan margin, anda memanfaatkan leveraj: anda mendapat kemudahan untuk membuka posisi dengan dana yang lebih besar dari yang ada di dalam akaun anda.

Mari kita lihat cara kerjanya menggunakan contoh. Anda melaburkan wang anda sendiri sebanyak $10,000. Ini adalah leveraj bernisbah 1:1 (pada dasarnya, ini posisi tanpa leveraj), kerana anda tidak meminjam apa-apa dari broker. Jika anda beroleh $100, pulangan anda adalah sebanyak 1% (100%*$100/$10,000). Dalam masa yang sama, jika anda kerugian $100, kerugian ini hanya -1% juga. 

Sekarang bayangkan jika anda tidak mempunyai $10,000 tetapi masih mahu berdagang sebanyak ini. Perdagangan Forex membenarkan anda berbuat demikian dengan bantuan leveraj. Dalam kes ini, broker anda memerlukan margin 1%, bersamaan dengan hanya $100 di dalam akaun anda. Ini adalah margin digunakan ("used margin") anda. Leverajnya adalah 100:1 kerana anda mengawal posisi bersaiz $10,000 dengan cuma $100. Baki 99% lagi disediakan oleh broker. Margin diperlukan sebagai jaminan kepada broker seandainya pasaran menentang posisi anda. Andai keuntungan anda adalah $100, pulangan anda adalah 100% (100%*$100/$100). Namun, jika anda kerugian $100, pulangan anda adalah -100%. Seperti yang anda dapat lihat, dengan leveraj pergerakan yang kecil pada pergerakan harga pasangan matawang boleh mengakibatkan keuntungan atau kerugian yang lebih besar berbanding posisi yang tidak dibantu leveraj.

Di dalam terminal, di tetingkap "Trade" (Dagangan) anda dapat melihat lajur "Balance" (Baki), "Equity" (Ekuiti) dan "Usable Margin" (Margin Boleh Guna). Margin yang boleh anda gunakan sentiasa bersamaan dengan "Equity" ditolak "Used Margin"

Broker biasanya mentakrifkan aras panggilan margin ("margin call"). Sebagai contoh, jika ianya adalah 20%, anda akan mendapat panggilan margin jika ekuiti akaun anda jatuh sehingga 20% dari jumlah margin (dalam contoh ini, 20% dari $100 adalah $20). Dalam kes ini, anda akan menerima amaran dari broker anda yang mengatakan anda perlu menutup dagangan anda atau deposit lebih banyak wang agar anda memuaskan persyaratan margin minimum. Sebagai tambahan, anda perlu awas kerana broker akan terpaksa menutup posisi anda pada harga semasa pasaran jika nisbah deposit kepada kerugian anda mencapai apa yang dipanggil aras "stop out". Jika stop out ditentukan pada aras 10%, ia akan berlaku bila ekuiti jatuh menjadi $10 (10% dari margin). Ada masanya, margin call dan stop out adalah sama, dan jika ia berlaku tanpa amaran jika ekuiti jatuh menjadi kurang dari 100% nilai margin minimum yang diperlukan untuk berdagang.

Margin diperlukan, aras panggilan margin dan aras stop out ditentukan oleh broker bagi setiap jenis akaun dan ditunjukkan di laman web mereka. Sebagai pedagang, anda harus melakukan usaha terbaik untuk mengelak dari menyentuh aras panggilan margin dan aras stop out.

Deposit = $1000

Saiz posisi dimahukan = $10,000

Margin Diperlukan = 1%

Margin = $10,000 x 1% = $100

Margin Boleh Guna = Ekuiti - Margin Digunakan

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi