Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend

Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend

Purata Bergerak (B. Inggeris: MA, Moving Average) adalah salah satu indikator yang paling meluas digunakan dalam perdagangan. Para pedagang menyukainya kerana ia ringkas dan berkesan.

Di dalam artikel ini, kami akan menjelaskan berkenaan indikator ini dan cara-cara menggunakannya untuk meningkatkan keuntungan anda.

Purata Bergerak adalah satu indikator trend. Ia mengambil angka purata harga dan kesannya, ia melicinkan turun naik aksi harga di graf.

Jenis-jenis bagi indikator ini

Ada 4 jenis Purata Bergerak yang utama yang anda boleh gunakan di MetaTrader. Kami tidak mahu memberikan anda formula-formulanya yang rumit di sini. Adalah lebih penting untuk anda fahami idea disebalik setiap jenis.

  1. Purata Bergerak Ringkas

    Biasanya para pedagang menggunakan Purata Bergerak Ringkas (SMA, Simple Moving Average). MA jenis ini menunjukkan purta harga-harga penutup untuk tempoh yang ditetapkan. Kesannya, semua harga menjadi sama nilainya. Sebagai contoh, jika mempunyai MA bagi tempoh 10, kita mengira 10 harga penutup dan membahagikannya dengan 10. Setiap kali ada harga penutup baru (candlestick baru terbentuk lengkap) harga yang paling lama sudah tidak dikira lagi.

  2. Purata Bergerak Eksponen (EMA, Exponential Moving Average) dan Purata Bergerak Berpemberat Linear (LWMA, Linear Weighted Moving Average) juga hampir mirip.

    Ia mengira dengan cara yang hampir sama tetapi memberikan pemberat yang lebih kepada harga yang lebih terkini. Kesannya MA-MA ini adalah yang paling mencerminkan gerakan harga dan memberikan signal yang lebih pantas. Namun berhati-hati! Walaupun MA-MA ini memberikan signal yang pantas, sebahagian dari signal itu mungkin palsu.

  3. Purata Bergerak Terlicin

    (Smoothed Moving Average) pula berasaskan kepada SMA (Simple Moving Average). Sekali imbas, namanya sudah memberikan kita petunjuk tentang fungsinya. MA ini paling berkesan membersihkan gerakan harga dari turun naik. MA ini adalah yang terbaik untuk mengesan trend.

Cara-cara memasang di carta MetaTrader

MA sudah tersedia di MetaTrader, jadi anda tidak perlu muat turun. Hanya pergi ke "Insert" – cari "Indicators" – pergi ke "trend" – dan anda akan lihat "Moving Average". Menggunakan tetapan yang betul adalah lebih penting.

Period (Tempoh)

Tempoh adalah bilangan candlestick yang akan digunakan dalam pengiraan. Lebih besar tempohnya, lebih licin MA anda dan lebih kuat signalnya. Lebih kecil tempoh, nilai MA akan lebih hampir dengan harga.

Tiada satu peraturan tunggal yang mengatakan berapa saiz tempoh yang perlu digunakan pada MA. Bila menganalisa carta dengan rangka masa (timeframe) yang lebih besar, para pedagang lebih sukakan MA dengan tempoh seperti 50, 100 dan 200. Bila berdagang dengan rangka masa yang lebih kecil, para pelabur lebih gemar tempoh seperti 9, 12 dan 26.

Price (Harga)

Ada beberapa pilihan di sini. Ia boleh jadi "close" (penutup), "high" (tertinggi), "low" (terendah), "median" (pertengahan), "typical" (tipikal), dan "weighted close price" (harga penutup berpemberat). Biasanya para pedagang menggunakan harga penutup.

Shift (Anjakan)

Tetapan ini digunakan untuk menganjak indikator ke hadapan atau mundur pada garis masa. Kesannya, MA akan berganjak ke atas atau ke bawah.

Cara-cara menggunakannya Moving Average dalam dagangan Forex

Ada satu perkara yang perlu kami beritahu kepada anda. MA memberikan signal yang lamban atau tertunda (delayed) kerana ia perlu mengira harga penutup yang terakhir. Pertimbangkan perkara ini bila menggunakannya dalam perdagangan anda.

  1. MA adalah indikator trend, jadi kami akan mulakan dengan pengesanan trend. Jika anda mahu mengetahui sama ada pasaran adalah bearish atau bullish, persilangan adalah isyaratnya.Persilangan Emas (Golden Cross)

    Bila MA dengan tempoh yang lebih kecil menyilang MA yang tempohnya lebih besar, dari bawah ke atas. Ia adalah signal untuk beli.

    Salib emas adalah isyarat untuk membeliPersilangan Mati (Dead cross)

    Bila MA dengan tempoh yang lebih kecil menyilang MA dengan tempoh yang lebih besar, dari atas ke bawah. Ia adalah signal untuk jual.

    Cross-mati adalah isyarat untuk dijual
  2. Kita lanjutkan lagi dengan fungsi trend. Jika indikator turun ke bawah, ia downtrend. Jika MA menuju ke atas, ia uptrend.
  3. Purata Bergerak sangat sering digunakan sebagai aras sokongan dan rintangan (support and resistance levels). Kekuatan aras bergantung kepada tempoh MA tersebut. Lebih besar tempohnya, lebih kuat ketahanan sokongan/rintangan. Rangka masa juga memainkan peranan yang penting. Lebih besar rangka masa, lebih kuat MA tersebut. Jika anda bandingkan MA 200 jam dengan MA 200 hari, yang 200 hari adalah aras yang lebih kuat dan natijahnya harga lebih cenderung untuk berayun berhampiran sekitarnya.

Menggunakan aras sokongan dan rintangan, kita berpeluang untuk menentukan aras bagi membuka posisi. Bila harga menembus ke atas MA, ia mungkin signal untuk membeli. Begitu juga sebaliknya, penembusan ke bawah MA memberikan signal untuk menjual.

Petua: Jika harga menyentuh MA beberapa kali, ini bererti pembalikan (reversal) sudah hampir.

sokongan

MA dan indikator-indikator lain

Satu kelebihan besar MA adalah betapa bukan satu-satunya indikator; ia sebahagian dari indikator-indikator lain. Indikator yang paling terkenal yang berasaskan kepada MA adalah MACD. Anda boleh menemui MA di perkakas perdagangan seperti Alligator, Jalur Bollinger (Bollinger Bands), dan Ichimoku Kinko Hyo.

Kami sering mengingatkan para pedagang bahawa tidak ada indikator yang sempurna, kerana itulah ianya penting untuk kita menggabungkan mereka untuk mendapatkan signal yang lebih kuat.

Apakah indikator-indikator yang terbaik untuk digandingkan dengan MA?

Candlestick adalah satu idea yang baik. Ia memberikan signal yang kuat untuk pembalikan dan penerusan sesuatu trend. Indikator-indikator lain yang boleh digunakan adalah indikator-indikator osilator.

Ingatlah, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 signal yang sepadan untuk memulakan tindakan berdagang.

Ringkasan: mari kita rangkumkan apa yang anda telah baca di atas. Purata Bergerak adalah indikator trend teknikal yang mencerminkan pergerakan harga. Ia memberikan signal yang lamban/tertunda, namun, ia masih sangat berguna kerana signal yang diberikannya adalah kuat. Beli bila harga di tas MA dan anda melihat persilangan emas (golden cross). Jual bila harga berada di bawah MA dan anda melihat persilangan mati (dead cross).

Berita terkini

Indeks Dollar AS kekal teguh melebihi 100.00 menjelang NFP

DXY menyimpan perniagaan melebihi markah 100…

WTI: Tertekan di bawah $ 24.00 kerana peniaga gagal untuk menghiburkan harapan untuk potongan pengeluaran

WTI gagal untuk memastikan pembeli berharap kerana kebimbangan mengenai wabak koronavirus diperbaharui…

Hampir satu juta kes koronavirus, tuntutan pengangguran AS boleh melebihi 5 juta, pasaran goyah

Suasana pasaran dengan hati-hati optimis pada hari Khamis selepas risiko hari ini…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera