Stokastik

Stokastik

Indikator Stokastik dibangunkan oleh George C. Lane pada penghujung 1950an dan digunakan secara aktif di kalangan para pedagang di seluruh dunia sejak dari itu. Ia mengira momentum pasaran dan membandingkan harga penutupan dengan harga di satu tempoh masa yang tertentu. Idea di sebalik indikator ini adalah harga pasaran yang bullish akan tutup berhampiran dengan harga tertinggi, dan di pasaran yang bearish harga akan ditutup berhampiran harga terendah.Stokastik boleh menunjukkan bila aset yang anda dagangkan terlebih dibeli atau terlebih dijual. Ia memberikan signal bila momentum pasaran sedang memperlahan. Ini bermakna peluang cerah bahawa perubahan pada trend akan berlaku. Kesannya, pemerhatian ke atas indikator ini boleh memberikan anda signal dan idea perdagangan.

Cara-cara memasang di carta.

Stokastik boleh ditemui di set default MetaTrader. Anda boleh tambahkannya ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” dan seterusnya pilih “Stochastic Oscillator”.

Stochastic1.png

Osilator Stokastik boleh digunakan di semua rangka masa. Tetapan default adalah 5, 3, 3. Tetapan-tetapan lain yang lazim digunakan untuk Stokastik termasuklah 14, 3, 3 and 21, 5, 5. Stokastik sering dipanggil Stokastik Pantas bila menggunakan tetapan 5, 4, Stokastik Perlahan untuk tetapan 14, 3 dan Stokastik Penuh bagi tetapan 14, 3, 3.Stokastik Pantas bertindakbalas lebih pantas terhadap perubahan pada harga pasaran, manakala Stokastik Perlahan mengurangkan kekerapan persilangan palsu (false crossovers) lantas menyaring sebahagian dari signal-signal palsu. Terserah kepada anda untuk memilih parameter yang anda mahukan.

Cara-cara menggunakannya.

Nilai Stokastik disebut secara %, dari 0 hingga 100. Indikator ini divisualkan dalam bentuk 2 jalur: yang pantas, atau nama lainnya %K (jalur padu hijau) dan yang perlahan, dikenali juga sebagai %D (jalur merah putus-putus). Jalur %D adalah purata bergerak %K.Jalur-jalur ini bersilang bila momentum berubah. Signalnya adalah untuk beli bila %K (hijau) menyilang %D (merah) dari bawah ke atas. Jual bila %K menyilang %D dari atas ke bawah..Seperti indikator-indikator lain, Stokastik tidak memberikan signal yang 100% menguntungkan. Ada 2 cara untuk membuatkan signal indikator ini lebih tepat.1. Gunakan signal yang terhasil bila persilangan berlaku di kawasan ekstrem (atas 80 untuk signal jual dan bawah 20 untuk signal beli).

Stoch 12.png

2. Pertimbangkan trend di rangka masa yang lebih besar dan berdaganglah sejajar dengannya. Contohnya, jika anda menggunakan Stokastik di H1, periksa trend di H4. Jika ada uptred yang kuat, jangan ambil signal jual yang diberi kerana harga mungkin akan terus bergayutan di zon terlebih beliuntuk masa yang agak panjang. Sebaliknya, fokus pada signal beli yang dihasilkan oleh Stokastik dan ana akan mendapat manfaat-manfaat perdagangan trend.

Stoch2.png

Tambahan lagi, seperti osilator-osilator lain, berikan perhatain kepada situasi di mana Osilator Stokastik mencapah (in divergence) dengan carta harga. Signal jual terhasil bila harga mencatat harga tinggi yang lebih tinggi (higher high) tetapi Stokastik membentuk harga tinggi yang lebih rendah (lower high) yang mana ini adalah bearish divergence. Signal beli muncul bila harga rendah baru (new low) tidak disahkan oleh osilator.  

stoch3.png

Adalah disyorkan juga untuk menggunakan Osilator Stokastik bergandingan dengan perkakas-perkakas analisis teknikal lain, seperti Purata Bergerak (Moving Average), Heiken Ashi, Alligator, dsb.

Kesimpulan.

Osilator Stokastik adalah perkakas yang ampuh untuk analisis teknikal. Ia mempunyai pelbagai kegunaan dan mampu menjadi asas sebuah sistem perdagangan yang baik.

Berita terkini

WTI turun dengan mendadak di tempat terbuka, turun sehingga $ 39

WTI turun ke bawah $ 39 dan terus stabil apabila gelombang coronavirus melanda…

UK membuat perjanjian pasca Brexit pertama dengan Jepun

Menurut Financial Times (FT), Inggeris telah menandatangani perjanjian dengan Jepun…

WTI menggabungkan pemulihan di bawah tanda $ 41

WTI bulls bersiap untuk mendorong seterusnya lebih tinggi…

Frequently asked questions

  • Bagaimana cara mendapatkan Trade 100 Bonus?

    Tingkatkan kemahiran berdagang anda dengan $100 percuma dari FBS. Untuk aktifkan opsyen ini, buka akaun Trade 100 Bonus yang mengandungi $100 di dalamnya. Gunakan wang ini dalam tempoh 30 hari aktif berdagang dan dagangkan lima lot. Jika anda berjaya, anda boleh dapatkan keuntungan $100 anda. Ia tawaran yang menang-menang! Bukan sahaja anda mendapat peluang untuk meraih keuntungan, tetapi anda juga boleh menguji pasaran sebenar dan uji kemahiran FX anda. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera