Kalendar ekonomi

Kalendar ekonomi

Faktor-faktor Fundamental bukanlah konsep yang abstrak. Para pedagang menghadapinya sehari-hari dalam bentuk berita ekonomi, yang diterbitkan di dalam kalendar ekonomi.

Mari kita lihat kalendar ekonomi. Untuk setiap tarikh, anda boleh lihat senarai pengumuman ekonomi bagi salah satu matawang utama Forex. Beri perhatian kepada waktu pengumuman: anda perlu selaraskan dengan zon waktu tempatan anda. Anda boleh lihat bagaimana semua acara mempunyai impak yang berbeza: lebih besar impaknya, dijangkakan pasaran akan bergerak lebih kuat, jadi anda boleh memberikan fokus kepada acara-acara yang paling penting. Kebanyakan berita di kalendar adalah indikator ekonomi dan mempunyai nilai perangkaannya. Perangkaan sebelum ini tersedia lebih awal. Perangkaan jangkaan adalah jangkaan sederhana dari 20-240 ahli-ahli ekonomi yang diselidik oleh agensi-agensi besar seperti Bloomberg, Reuters, dll. Angka sebenar pula adalah angka yang diterbitkan oleh sumber rasmi (agensi perangkaan kebangsaan atau pusat analisis). Bagi kebanyakan indikator, jika angka sebenar adalah lebih tinggi dari angka jangkaan, ia adalah positif untuk sesuatu matawang itu. Indikator pengangguran adalah terkecuali: untuk ini lebih rendah angkanya, lebih baik kesannya kepada matawang. 

Calendar.png

Ada pelbagai cara untuk menggunakan kalendar ekonomi. Sesetengah pemain dalam pasaran berdagang berdasarkan “berita". Ertinya, mereka itu membuka posisi sejajar dengan jangkaan mereka tentang perubahan yang akan berlaku pada indikator ekonomi (contohnya, KDNK zon Euro dijangka akan bertambah baik - mereka akan beli Euro). Para pedagang lain pula, sebaliknya, mengelak untuk berdagang di waktu berita kerana ia dikaitkan dengan risiko pergerakan harga yang terlalu deras. Pedagang-pedagang jenis ini lebih gemar menunggu sehingga pasaran sudah selesai mencerna berita, dan masuk apabila trend sudah terbentuk. Tidak kira strategi mana yang anda pilih, kami sangat mengesyorkan supaya anda mengikuti berita agar anda waspada dengan cetusan pergerakan pasaran. Sesetengah siaran data meningkatkan kemeruwapan dan mencetus pergerakan mengejut di pasaran. Contoh terbaik adalah Daftar Penggajian Bukan Perladangan AS (Nonfarm Payrolls, NFP). Penyiaran data indikator ini boleh membawa kepada penutupan posisi anda dalam rupa pesanan renti rugi (stop-loss order).

Berita terkini

Berdagang sempena data ekonomi Kanada

Dolar Kanada berpeluang untuk mengekalkan dagangan pada tahap yang baik.

CPI British akan menentukan haluan GBP

Pound British cenderung didagangkan dengan kemeruwapan tinggi justeru dari rundingan Brexit yang masih lagi samar.

Hari yang penting untuk EUR

Bank Pusat Eropah (ECB, Inggeris: European Central Bank) akan menyampaikan keputusan kadar faedah pada 14:45 (waktu MT).

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera